Program Transformasi Digital (PTD) 2025 – Memperkasa Usahawan Micro Melalui Kemahiran Digital

Program Transformasi Digital (PTD) 2025 – Memperkasa Usahawan Micro Melalui Kemahiran Digital

July 7, 2025 Program Transformasi Digital 2025 0

Program Transformasi Digital (PTD) Berjaya Dilaksanakan di Terengganu, Kelantan dan Pahang oleh Hadi Venture

Hadi Venture mengumumkan kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Digital (PTD) di tiga buah negeri pantai timur — Terengganu, Kelantan dan Pahang — dari bulan April - Jun 2025. Program ini telah memberi manfaat secara langsung kepada usahawan mikro dan perusahaan mikro yang ingin memperkukuh keupayaan perniagaan mereka melalui digitalisasi. Program ini adalah inisiatif dari SME Corp di bawah Program Micro Connector 2025.

Sebagai sebuah syarikat latihan bertauliah dan rakan pelaksana kepada SME Corp Malaysia, Hadi Venture komited untuk membantu usahawan mengadaptasi sistem digital dalam urusan harian mereka agar lebih cekap, teratur, dan relevan dengan perkembangan semasa.

🔎 Objektif Program PTD

Program ini bertujuan untuk:

- Meningkatkan kefahaman usahawan terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang sistematik
- Memperkenalkan teknologi digital seperti perisian akaun (SQL Accounting)
- Mendedahkan peserta kepada penggunaan E-Invois mengikut keperluan percukaian semasa
- Membantu peserta membina strategi perniagaan yang mampan dan berdaya saing

📍 Lokasi dan Tarikh Pelaksanaan:

Program Transformasi Digital (PTD) telah berjaya dilaksanakan di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang, melibatkan beberapa lokasi berbeza. Di Terengganu, program dijalankan di dua lokasi iaitu di TD1303 pada bulan April dan di Hotel YT Midtown pada bulan Mei. Seterusnya, program diteruskan di Kelantan, yang berlangsung di Hotel Salam Suite pada bulan Mei 2025. Bagi negeri Pahang, program telah diadakan pada bulan Jun 2025 dengan Hari Pertama bertempat di Hotel Kosma Business, manakala Hari Kedua dan Ketiga dilangsungkan di Hotel Rocana, Kuantan.

💻 SQL Accounting – Solusi Pengurusan Kewangan Digital

Salah satu komponen teras dalam Program PTD ialah latihan praktikal menggunakan SQL Accounting — sebuah sistem perakaunan profesional yang kini digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat di Malaysia.

Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan hands-on bagaimana untuk:

- Merekod jualan, pembelian, dan perbelanjaan
- Menyediakan laporan kewangan asas seperti untung rugi dan kunci kira-kira
- Menyusun invois dan resit bayaran
- Mengurus inventori dan pelanggan

SQL Accounting membantu usahawan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kaedah manual seperti buku catatan dan Excel, serta membolehkan mereka mengakses data kewangan mereka secara lebih cepat dan teratur. Malah, peserta turut dibekalkan dengan lesen penuh perisian SQL Accounting secara percuma sepanjang program.

🧾 E-Invois – Menepati Keperluan Cukai Zaman Digital

Seiring dengan langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bakal mewajibkan penggunaan e-Invois untuk entiti perniagaan, peserta Program PTD turut diberi bimbingan menyeluruh berkaitan pelaksanaan sistem e-invois. Ini termasuk:

* Pemahaman tentang format dan komponen e-invois
* Tatacara menyediakan dan menghantar e-invois mengikut garis panduan LHDN
* Persediaan teknikal perniagaan mikro untuk beralih kepada sistem ini

E-Invois bukan sekadar keperluan cukai, tetapi juga menjadi sebahagian penting dalam usaha pendigitalan proses perniagaan — menjadikan transaksi lebih telus, boleh dijejak, dan mudah disemak semula.

Peserta juga dibimbing cara menyelaras SQL Accounting dengan sistem e-invois untuk memudahkan penyediaan dan pematuhan dokumen digital secara automatik.

📈 Impak & Kejayaan Program

Kejayaan penganjuran di ketiga-tiga negeri ini merupakan satu pencapaian penting bagi Hadi Venture. Ia bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan mikro untuk mendapatkan ilmu praktikal secara langsung, malah mempercepatkan proses pendigitalan perniagaan tempatan.

Sepanjang program, para peserta menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman berkaitan pengurusan kewangan dan mula mengaplikasikan apa yang dipelajari — terutamanya dalam penggunaan sistem perakaunan digital — ke dalam operasi harian perniagaan mereka.

Antara maklum balas positif yang diterima termasuklah kemudahan penggunaan perisian SQL Accounting, walaupun untuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam perakaunan. Ramai peserta menyatakan bahawa SQL antara sistem yang mesra pengguna dan latihan yang diberikan secara berperingkat memudahkan pemahaman asas.

"Saya tak pernah guna sistem akaun sebelum ini, tapi lepas latihan SQL dari Hadi Venture, saya terus boleh key-in jualan dan cetak invois sendiri!" – Peserta dari Kelantan

"SQL ni memang sangat sesuai untuk peniaga mikro macam saya, ringkas tapi cukup lengkap. Lepas ni tak perlu tulis manual lagi." – Peserta dari Terengganu

Maklum balas seperti ini membuktikan keberkesanan pendekatan hands-on yang digunakan sepanjang program, serta keupayaan peserta untuk terus mengadaptasi teknologi dalam masa yang singkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *