Asas Keusahawanan

BUSINESS AND MANAGEMENT

Asas Keusahawanan​

HRDCorp Claimable

Kod: Modul 1 – Asas Keusahawanan

Mod: Latihan, & Praktikal

Tahap Modul: Pemula dan Pertengahan

Tempoh: 2 Hari 1 Malam

Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran dalam kursus Asas Keusahawanan adalah untuk memberikan pelajar pemahaman tentang peranan penting usahawan dalam mencapai keuntungan, mencipta peluang pekerjaan, serta menggalakkan inovasi. Di samping itu, pelajar akan diajar cara meningkatkan kualiti hidup melalui perniagaan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, dan mengembangkan pasaran. Kursus ini juga mendorong pemenuhan keperluan sosial dan masyarakat, membina jenama serta reputasi, mengembangkan kemahiran, dan akhirnya, membantu pelajar mengejar impian dan minat peribadi mereka melalui keusahawanan.

Hasil Pembelajaran

  1. Peserta memahami asas keusahawanan
  2. Peserta memahami maksud dan tujuan melibatkan dalam sektor keusahawanan

Syarat / Kelayakan

  1. Memahami Bahasa Melayu dan Inggeris

  2. Mempunyai minat dalam sektor keusahawanan

Modul Pembelajaran

  1. Pengenalan kepada konsep keusahawanan sebagai usaha untuk mencipta, mengurus, dan mengembangkan perniagaan.
  2. Kepentingan keusahawanan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat.
  1. Cara mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui analisis pasaran dan trend semasa.
  2. Teknik penjanaan idea kreatif untuk memulakan perniagaan yang inovatif dan memenuhi keperluan pengguna.
  1. Kepentingan menyediakan pelan perniagaan yang komprehensif untuk panduan pengurusan dan pelabur.
  2. Langkah-langkah utama dalam menulis perancangan perniagaan yang meliputi analisis pasaran, strategi pemasaran, dan unjuran kewangan.
  1. Memahami pelbagai model perniagaan seperti B2B, B2C, dan platform digital.
  2. Menggubal strategi perniagaan untuk mencapai kelebihan bersaing di pasaran.
  1. Sumber pembiayaan seperti modal sendiri, pinjaman bank, dan pelaburan modal teroka.
  2. Pengurusan kewangan yang berkesan untuk memastikan aliran tunai yang stabil dan keuntungan yang mampan.

Penceramah

En Muhammad Hafiz bin A Rashid

Encik Hafiz merupakan seorang penceramah dan trainer yang disahkan oleh HRDCorp, dengan pengalaman luas dalam bidang keusahawanan, perakaunan, dan kewangan, serta terlibat dalam membantu usahawan.